Sunday, March 20

Throwback bulan pertama menjadi RANIA


Bulan pertama menjadi rania.. mendapat pencapaian yang agak memberangsangkan. Berjaya menjejakkan kaki ke hq yg terletak di Gombak.. walaupun diri sebenarnya menetap di Kuantan. Dengan izin Allah.. kebetulan tarikh kelas yg diadakan di hq adalah bersamaan dengan tarikh keberadaan sy di negeri Selangor..sementara menunggu flight ke Kuching pada keesokan harinya. Maka dengan izin Allah saya dihimpunkan bersama rania yg lain di hq Ana Edar Sdn Bhd untuk menghadiri kelas buat kali yang pertama.

Husna pun turut serta :'D

Kemudian bulan pertama juga berjaya capai lebih 20 botol qaseh. Siapa menyangka akan bertemu si fulan dan si fulan yang tidak berkira-kira untuk membeli.. dan Allah membuka hati mereka untuk membeli..?

Syukur pada Allah swt.

Ternyata rezeki itu di tanganNya. Kita berusaha. Dia yang memberi .. banyak atau sedikit.. itu kerja Dia. Yg penting kita berusaha. Allah maha melihat dan kita sebagai hamba juga jangan lupa meminta... sedangkan ilham pun datang dariNya. Ilham menulis pun datang drnya. Ilham memilih qaseh juga datang dariNya.



Bagi saya perniagaan apapun boleh bawa kita ke puncak kejayaan asalkan kita berusaha.


Tapi mengapa saya memilih qaseh? Kerana qaseh , produknya telah diiktiraf IMP. Produk yang dikilangkan secara islamik dan menitikberatkan soal keberkatan. Ia juga merupakan bisnes berkonsepkan MLM yang diiktiraf halal dan patuh syariah.




bersama leader hebat kami, Kak Syim dan Kak Zalina

#seronoknyabizqaseh
#syukuradaqaseh


Jadi... Anda berminat nak bersama saya dalam mencapai cita-cita bersama.qaseh?
Cita-cita saya nak jadi suri rumah bergaji. Anda pula?


Whatsapp 0135414229

Wednesday, January 20

Qaseh Azam Syam

Assalammualaikum


Hai. Maka bermulalah coretan pertama pada tahun ini selepas beberapa tahun meninggalkan dunia blog. Rasanya sangat pelik, awkward. ------- Tak mengapa lah, tak perlu pun nak ceritakan semua perasaan tu. Hehe. Yang penting , jom mulakannya dengan nafas baru.

Qaseh Azam Syam? Kenapa Azam?

Qaseh - Tahun ni hidup saya berQaseh. Qaseh Gold :)

Azam - Suami saya nama nya Azamree. haha. Pernah terdengar kat radio ada penyanyi tu namanya AZAMSHAM. Masa tu, terus terfikir, aik..ada juga orang yang bernama Azamsham. Which is, Syam tu nama saya.

Maka, Qaseh Azam Syam bermaksud - Syam yang berAzam untuk benar-benar fokus dalam Biz Qaseh. dan perkataan Azam juga bermaksud yang ---- insyaAllah saya akan sentiasa ingat akan azam saya ni dan terus berusaha seiring dengan Azam tersebut. Selain itu juga, dalam hati berkata..
"Aku kena semangat kena buat untuk Azam (suami). Atas Qaseh Sayangku terhadap Azam. "

hihihihiihihihiihihi.

Banyak lah. Boleh saja nak buat konklusi apapun dengan nama tu. Yang penting, sendiri faham. Sendiri tanamkan nilai positif tu dalam diri.

So, apa perkembangan hidup yang terkini. My last entry, time tu belum kahwin, belum bertunang malah belum bertemu lagi dengan jodoh.

Sekarang ni dah ada anak sorang. 4-5 tahun berlalu. Siapa sangka sepantas itu segalanya boleh berubah kan? Alhamdulillah Syukur pada Allah yang memberikan nikmat. Yang paling berharga, ialah nikmat iman dan ketenangan. Nikmat kesihatan, nikmat rezeki , nikmat cahaya mata, nikmat..ya Allah, banyak nya nikmat yang tak boleh nak sebut satu-satu.

Semoga Allah permudahkan segala urusan yang mendatang. Semoga semua yang membaca blog ini mendapat manfaat dari apa yang saya bakal kongsi di masa akan datang. Mudah-mudahan otak ni jadi lebih produktif. (takla berkarat sangat sebab duduk rumah saja kan. hehe)  Mudah-mudahan, datanglah idea yang mencurah-curah untuk menulis blog semula, dan semoga semuanya positif belaka.

Semoga sentiasa beringat untuk elakkan diri dari bercerita tentang perkara yang sia-sia,  tetap menjaga adab dan privasi.

InsyaAllah bertemu lagi, pada entry seterusnya...



June, 2015